30 Oktober 2008

10 Bgd Para Johan Olahraga TD 2009

Stadium Panasonic digegarkan dengan atlet-atlet sukan dari Formasi Tentera Darat (TD) dan kesemua atlet telah “bertembung” pada Kejohanan olahraga Tentera Darat yang ke 28.

Kejohanan yang bermula pada 5 sehingga 8 Mei 2009 menyaksikan kehebatan para atlet TD yang bertanding apabila 8 rekod baru Kejohanan diperbaharui.

Kejohanan Olahraga diadakan setiap tahun merupakan platform mencungkil bakat atlet-atlet TD untuk diketengahkan ke peringkat Angkatan Tentera Malaysia, Kebangsaan, dan seterusnya di persada antarabangsa.

Kejayaan atlet-atlet TD yang terdahulu di peringkat antarabangsa melakar sejarah yang mana TD berupaya melahirkan dan menggilap atlet-atlet yang bertaraf antarabangsa. Kejohanan yang diadakan bagi mengenal pasti dan mencungkil bakatbakat baru untuk mewakili TD di kejohanan Olahraga peringkat ATM,10 Bgd Para diwakili seramai 2 pengawai dan 96 anggota mencipta sejarah tersendiri kerana Formasi 10 Bgd Para dinobatkan Johan keseluruhan dalam kejohanan Olahraga yang ke 28 ini dan sekaligus Formasi ini mempertahankan kejagohan buat kali ketiga berturut-turut.

Para atlet memerah keringat dan terbukti memungut 13 pingat iaitu sembilan emas, tiga perak dan satu gangsa. Kejayaan tersebut hasil bimbingan serta tunjuk ajar dari Jurulatih dan usaha gigih para anggota akhirnya membuahkan hasil.

Latihan yang bersistematik intensif dan progresif di bawah pemantauan Pengurus Tim Mej Zulkifli Raub serta tunjuk ajar dari para Jurulatih meningkatkan prestasi para atlit malahan semangat dan moral para atlet untuk mendapatkan pingat emas dalam acara yang di pertandingkan.

Sebelum itu beberapa pendedahan dalam menyertai kejohanan luar (awam) telah banyak memberi dorongan dan pengalamam kepada para atlet .

Majlis pembukaan Kejohanan disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Zulkifli Mohd Zain.

Dalam Ucapan pembukaan beliau, berkata semua peringkat Pemerintah perlu memberi perhatian kepada pembangunan sukan di peringkat Formasi masing-masing agar hasrat TD untuk melahirkan atlet-atlet yang cemerlang dapat di ketengahkan.

Pasukan –pasukan yang menyertai dalam kejohanan kali yang ke 28 ini terdiri daripada Markas Latihan Tentera Darat , Markas Logistik TD, Markas Medan Tentera Darat, 1 Divisyen, 2 Divisyen, 3 Divisyen, 4 Divisyen dan Formasi 10 Bgd Para.

Olahragawan kejohanan bagi tahun 2009 dimenangi oleh LKpl Iswanday Saluhi dari Formasi 3 Divisyen manakala Olahragawati di menangi dua atlit wanita iaitu Pbt Norazimah Ismail dan Pbt Nik Zulaili Well, kedua-duanya dari Formasi 2 Divisyen.

Dalam acara Orang besi 10 Bgd Para turut menjadi Johan keseluruhan bagi acara tarik tali dan atlit dari 10 Bgd Para juga mempertahankan kejuaraan mereka buat kali yang ketiga berturut-turut.

Dalam Pada itu Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Ismai Jamaluddin secara peribadi berpuas hati dengan penganjuran dan komitmen semua Formasi yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Olahraga kali ini.

Kesungguhan dan azam semua atlet bertanding berjaya memecahkan rekod baru Kejohanan TD dan sekaligus telah memperbaharui rekod baru dicipta, para atlit juga dapat mengekalkan kesihatan Fizikal, malah mampu membina kekuatan mental serta mengawal emosi dan membina Semangat berpasukan.

Tentera Darat seharusnya memiliki kelebihan untuk maju dalam bidang sukan Olahraga dengan mempunyai Kecergasan mental dan fizikal yang tinggi sejajar dengan latihan insentif di pusat-pusat kecemerlangan
yang sedia ada dalam melahirkan atlet-atlet TD yang layak bagi mewakili Negara dan seterusnya menaikkan nama TD dan Angkatan Tentera Malaysia.

28 Oktober 2008

TENTERA DARAT MENJUARAI KEJOHANAN OLAHRAGA ATM KE-45

Oleh: Lt Kol Padman Bhaskaran

No Mercy! merupakan teriakan perang Kontinjen Olahraga Tentera Darat di dalam kejohanan Olahraga ATM ke-45 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Jun 2008 akhirnya membuahkan hasil.
Majlis pembukaan gilang gemilang pada 24 Jun 2008 dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen Tan Sri Dato'Sri Abdul Aziz Hj Zainal telah membuka lembaran baru penganjuran kejohanan ini di dalam arena olahraga Angkatan Tentera Malaysia.
Keputusan rasmi yang dipamerkan sehingga lewat hari terakhir pada 26 Jun 2008 sebaik sahaja diumumkan oleh Panglima Tentera Laut Merangkap Yang Dipertua Majlis Sukan Angkatan Tentera, Laksamana Datuk Abdul Aziz Hj Jaafar pada Majlis Penutupan Kejohanan tersebut menyaksikan kemenangan di luar sasaran oleh TD yang dinobatkan sebagai Johan Perkhidmatan dengan menggondol 32 pingat emas dari 44 acara yang dipertandingkan termasuk 25 pingat perak dan 26 pingat gangsa.
Kemenangan ini membuktikan kewibawaan atlet-atlet TD selepas dua tahun ketandusan yang mana berturut-turut tumpas kepada TLDM di dalam Kejohanan yang sama sebelum ini.
Atlet-atlet TD ini juga telah menyerlah dan memperbaiki 15 rekod kejohanan serta empat rekod ATM di dalam lompat bergalah[L], 3000m lari berhalangan[W], lompat kijang[W] serta acara heptatlon[W].
Mengulas kemenangan besar TD yang hanya mensasarkan 28 pingat emas, Pengarah Kor Armor Diraja Merangkap Pengerusi Olahraga Tentera Darat, Kol Kamarol Fauzi Hj Mohd Said, melahirkan kebanggaan serta ucapan terima kasih kepada atlet-atlet TD yang telah bertungkus lumus serta bersungguh-sungguh berusaha mencapai kemenangan di dalam setiap acara yang dipertandingkan.Tambahan kepada kecemerlangan dan kejayaan TD ini telah diserikan lagi dengan penganugerahan Olahragawati Kejohanan dimenangi oleh Pbt Siti Fatimah yang mengondol pingat emas dalam acara 100m,200m,4x100m serta 4x400m sementara Pbt Norina Damneon yang dinobatkan sebagai peserta Terbaik Kejohanan setelah beraksi cemerlang dan berjaya memperbaharui rekod ATM dan kejohanan di dalam acara lompat kijang dan heptatlon.
Kol Kamarol turut menyatakan bahawa strategi jangka pendek yang digubal oleh Persatuan Olahraga Tentera Darat[PCOTD] telah membawa kejayaan yang amat membanggakan. Beliau memberitahu PCOTD akan meneruskan pendekatan latihan yang intensif bagi menghadapi kejohanan tahun hadapan. Kol Kamarol turut mengatakan bahawa persatuan kini sedang dalam perancangan dan landasan mengimplimentasikan strategi pertengahan dan strategi jangka panjang bagi memastikan Tentera Darat terus unggul dalam sukan olahraga.
Semua warga TD amat berbangga dengan prestasi serta kejayaan kontinjen olahraga TD. Syabas kepada Kontinjen Olahraga Tentera Darat dan semoga terus mengecapi kejayaan pada tahin 2009 dan seterusnya.

25 Oktober 2008

Gambar-gambar kejohanan yang disertai atlit PCOTD







































































PROGRAM LATIHAN

1] Latihan Bebanan (Weights Training)
2] Daya tahan (Endurance)
3] Teknik dan skill acara individu
4] Pecutan dan tindakbalas
5] Kekuatan fizikal
6] Ketahanan mental
7] Motivasi

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT CEMERLANG OLAHRAGA TENTERA DARAT [PCOTD]

1] Ditubuhkan pada 01 Jan 1987 dengan nama Pusat Latihan Olahraga Tentera Darat.
Dari tahun 1987 hingga 1992 seramai 5 orang atlit dari pusat ini telah terpilih untuk mewakili
negara di kejohanan peringkat antarabangsa.
2] Dengan pencapaian tersebut, pada tahun 1995 Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengiktiraf
pusat ini dan mengubah nama pusat ini kepada Pusat Cemerlang Olahraga Tentera Darat
[PCOTD].
3] Dengan pengiktirafan tersebut pada tahun 1996 pihak Majlis Sukan Negara (MSN) telah
memberi bantuan peralatan latihan sebagai tanda sokongan kepada penglibatan Tentera
Darat dalam mencungkil bakat-bakat baru yang menyerlah untuk bersaing dipersada
antarabangsa.