01 April 2009





Kejohanan Lumba Daki Gunung dan Orienteering Maksak Malaysia 2009

Kejohanan ini telah diadakan di Taman Rimba, Teluk Bahang, Pulau Pinang pada 27 hingga 29 Mac 2009. Semua badan gabungan Maksak telah menghantar penyertaan kecuali Melaka, Sarawak, N.Sembilan dan WP.Labuan. Kejohanan ini dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu daki gunung dan orienteering. Setiap acara dibahagikan kepada acara berpasukan lelaki dan wanita. Dalam setiap pasukan ada 5 pelari termasuk 2 veteren untuk pasukan lelaki dan 1 veteren untuk pasukan wanita. Jarak mendaki gunung 16.6km untuk lelaki dan 10.6km untuk wanita. Laluan mendaki memang tidak begitu sukar tetapi amat merbahaya kerana laluan yang licin disebabkan hujan sehari sebelum kejohanan diadakan.Pasukan lelaki menamatkan dakian di Taman Perbandaran manakala wanita pula di atas Bukit Bendera. Dalam kategori individu lelaki senior peserta dari Angkatan Tentera Malaysia[ATM] iaitu Lkpl Affendi bin Nudin telah menduduki tempat pertama,diikuti oleh pelari kedua dari Sabah Gianus Selagan dan tempat ketiga juga dari ATM, Pbt Mohd Farid bin Zakaria. Keseluruhan keputusan daki gunung ATM menjadi juara berpasukan lekaki Polis Diraja Malaysia [ PDRM] ditempat kedua dan Wilayah Persekutuan ditempat ketiga. Bagi acara wanita pula PDRM merangkul kejuaraan diikuti dari Sabah tempat kedua dan ATM ketiga. Dalam acara orienteering pula setiap peserta dikehendaki mencari mencari 10 maker disekitar Taman Rimba Teluk Bahang.Peserta dibekalkan satu peta orienteering,kad kawalan dan kompas dibawa hendaklah dibawa oleh peserta itu sendiri. Peserta yang terpantas dapat punch kesemua 10 maker diumumkan sebagai pemenang. PDRM telah muncul juara dalam kedua-dua acara berpasukan lelaki dan wanita.