27 Julai 2009

Kejohanan Terbuka Perak dan Ipoh Half Marathon 2009

Larian Brooks 10000m Lelaki: Lkpl Affindi ke-3, Pbt Mohd Farid ke-6

Larian Brooks 5000m Wanita: Kpl Angela tempat ke-2

Lkpl Affindi belakang baju kuning mengejar peserta dihadapan semasa menghampiri garisan penamat

Keputusan Rasmi Terbuka Perak

Keputusan rasmi Terbuka Perak

Pemenang2 acara jarak jauh

Pemenang bagi acara 5000m larian Brooks

Lkpl Affindi menerima hadiah untuk tempat ke-3

Ini la juara bagi larian 10km Lelaki Terbuka Ipoh Half Marathon Pbt Mohd Farid

Diantara atlet2 PCOTD dalam kejohanan Terbuka Perak
Perkembangan semasa PCOTD, Pada kejohanan Terbuka Perak PCOTD telah menghantar seramai 50 atlet serta jurulatih. Kejohanan ini adalah medan untuk atlet PCO menunjukan prestasi diperingkat negeri.Kejohanan ini juga medan memilih atlet untuk bertanding dalam kejohanan mini oilmpik yang akan diadakan di stadium nasional Bukit Jalil pada 31 Julai hingga 02 Ogos 2009. Hanya atlet yang menduduki ranking 16 terbaik akan dapat bertanding dalam kejohanan mini olimpik. Dalam satu lagi kejohanan Ipoh Half Marathon atlet-atlet jarak jauh PCO telah didedahkan dengan larian jarak jauh bersama-sama pelari-pelari antarabangsa terutamanya pelari dari negara Kenya. Pbt Mohd Farid telah mendapat tempat pertama dalam kategori 10km lelaki terbuka, beliau merangkul piala pusingan, piala iringan serta wang tunai tiga ribu ringgit Malaysia. Kejohanan ini juga sebagai medan pemanas badan sebelum mereka akan bertanding dalam Kejohanan Singapore Army Half Marathon pada 16 Ogos 2009.