19 Oktober 2009

Olahraga: Tiada yang luar biasa

KALAU tak 'berdrama', itu bukan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

Drama yang direka sangat menarik, bukan untuk kepentingan atlet, tetapi pegawainya.

Masing-masing mahu menonjolkan kewibawaan diri sehingga agenda utama persatuan sanggup diketepikan.

Mungkin itu antara 'kejayaan' cemerlang KOAM sepanjang tahun 2008 di mana pegawainya lebih kerap menghiasi ruang akhbar berbanding pencapaian atlet di bawah naungan mereka.

Satu persatu 'drama' yang direka membabitkan 'pelakon' yang sama.

Tuduh menuduh macam satu permainan dan akibatnya diri sendiri yang rugi.

Insiden salah faham antara Pengarah Pusat Latihan Prestasi Tinggi Asia (HPTC), Mohd. Musa Noor Mohd. dengan Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim dianggap kemuncak 'drama' dalam sukan olahraga sehingga melibatkan campur tangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kenapa perlu berbalah dengan isu yang remeh atau dalam erti kata lainnya, yang tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak.

Yang ada, cuma merugikan sukan itu sendiri.

Campur tangan menteri pula membuktikan individu tersebut gagal berfungsi dengan berkesan untuk menyelesaikan pertelagahan secara profesional.

Itu senario di luar gelanggang yang pada satu ketika menjadi perbualan di kalangan pencinta sukan olahraga tanah air.

Ramai yang mempersoalkan kenapa drama seperti itu sering berlaku dalam KOAM melibatkan orang yang sama.

"Saya memang orang lama dalam sukan ini. Keadaan kecoh seperti ini memang sudah menjadi trade mark KOAM dan yang peliknya melibatkan orang yang sama.

"Satu ketika dulu KOAM nampak aman sikit tanpa individu ini, tetapi sekarang 'drama' lama berulang dan ia direka individu yang sama," kata bekas atlet tahun 1980- an kepada Kosmo! yang enggan namanya disiarkan.

Menurut bekas atlet itu, KOAM seharusnya tidak perlu menimbulkan masalah remeh seperti ini lagi kerana ia merupakan sebuah persatuan paling tua di negara ini.

"Mereka sepatutnya menuju ke arah kecemerlangan sukan yang dinaungi itu daripada bertelagah dengan isu yang tidak mendatangkan faedah.

"Sebagai persatuan paling matang dan individu yang telah lama terlibat dalam pengurusan persatuan, sikap profesional itu seharusnya menjadi pegangan. Keutamaan pula ke arah melahirkan atlet berkualiti," kata bekas atlet itu.

Menurutnya, ketika zaman dia aktif dulu, drama seperti ini memang biasa berlaku dalam KOAM sehingga menimbulkan rasa bosan di kalangan rakan sepelatihnya.

"Kalau boleh usahlah diperbesarkan sangat isu remeh. Tumpukan kepada program pembangunan kerana sekarang kita memang kekurangan atlet yang berdaya saing," katanya.

Turut menghiasi agenda KOAM bagi tahun 2008 ialah pemilihan semula Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai presiden selepas tidak mendapat tentangan daripada pencabar lain.

Apa yang diharapkan ialah agar Shahidan tampil lebih bersemangat selepas ini untuk mengembalikan kegemilangan sukan olahraga yang suatu ketika dulu pernah melahirkan atlet bertaraf Olimpik.

Mengimbas perjalanan sukan olahraga sepanjang tahun 2008, tidak banyak yang boleh dibanggakan.

Walaupun ramai muka baru lahir di balapan, tetapi mereka masih tidak menampakkan kemampuan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Nama-nama baru seperti Latif Nyat, Zabidi Ghazali (sekadar menyebut beberapa nama), masih terkapai-kapai mencari rentak sebelum boleh mengatasi kepantasan jaguh dari negara jiran, Thailand.

Zabidi adalah produk Sukan Malaysia (Sukma) dan kelibatnya dalam acara 100 meter lelaki pada temasya dwi-tahunan itu seakan-akan memberi kelegaan bahawa negara telah berjaya melahirkan seorang lagi jaguh yang mampu mewarisi pelari terhebat sebelum ini.

Ramai yang menganggap Zabidi adalah pengganti Nazmizan Mohamad tetapi setakat ini, rentaknya masih sumbang.

Latif pun terus tenggelam selepas unggul pada Sukma Kedah dua tahun lalu.

Persoalannya kini adakah atlet olahraga negara sekadar hebat di laman sendiri atau sebaliknya.

Adakah KOAM menyedari hakikat ini atau mereka terus bermain 'wayang' tanpa mengendahkan aspek pembangunan.

Kejohanan peringkat negeri pun semakin berkurangan kebelakangan ini, tidak sehebat beberapa tahun lalu.

Andai masalah penaja yang membantutkan pergerakan, maka mereka perlu buktikan bahawa KOAM adalah sebuah persatuan yang berwibawa, bukan sahaja daripada aspek melahirkan atlet tetapi juga sebuah organisasi yang disegani.

Ia akan memberi keyakinan kepada penaja untuk menjadi rakan seperjuangan dalam merancakkan lagi sukan olahraga tanah air.

Bayangkan, andai Majlis Sukan Negara (MSN) tidak memainkan peranan mereka membantu mengembangkan bakat atlet, mungkin negara tidak mempunyai atlet berkualiti untuk diketengahkan di pentas antarabangsa.

Memang tidak dinafikan atlet olahraga yang dianggap berjaya sepanjang tahun 2008 boleh dibilang dengan jari.

Ramai yang berpendapat bahawa negara hanya mempunyai seorang atlet olahraga iaitu jaguh lompat bergalah wanita, Roslinda Samsu.

Ini kerana, hanya atlet tersebut sahaja yang berjaya mengukir nama ketika yang lainnya terus tenggelam entah ke mana.

Pengganti jaguh jarak sederhana, M. Ramachandran pun masih belum ditemui sehingga sekarang.

Begitu juga dengan pengganti kepada pelari pecut seperti Watson Nyambek, Nazmizan, G. Shanti, Hamberi Mahat, sehingga kini belum ada yang layak.

Begitu juga dengan pengganti kepada Mohd. Zaki Sadri (lompat kijang), Nazar Rahim (cekera), Yazid Imran (merejam lembing) dan juga Wong Tee Kue (baling tukul besi).

Akibatnya, catatan 10.30s yang dilakukan oleh Watson dalam acara 100m masih kekal sebagai rekod kebangsaan.

Pelari wanita, Siti Fatimah Mohamad dilihat berpotensi tetapi dia tidak mempunyai pendedahan yang cukup sebelum boleh bergelar ratu pecut.

Apa pun, andai KOAM menyedari hakikat ini, eloklah tahun 2009 dijadikan permulaan bagi mengembalikan kecemerlangan.

Kejohanan terbuka negeri perlu diperhebatkan kerana ia adalah pentas persaingan kepada atlet tempatan untuk membuktikan kemampuan.

Tanpa kejohanan tempatan, atlet tiada tempat untuk menilai kemampuan kerana peluang untuk beraksi pada kejohanan peringkat antarabangsa sangat terhad.

Mungkin dengan semangat baru Shahidan selepas terus diberi kepercayaan untuk menerajui persatuan sukan tertua di negara ini, sukan olahraga bakal menikmati perkembangan yang lebih hebat pada tahun 2009.

KOAM hantar 43 atlet ke Sukan Sea

KUALA LUMPUR - Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) telah meletakkan harapan kepada 43 atlet bagi memenuhi sasaran tujuh pingat emas pada Sukan SEA Laos ke-25 di Vientine, Disember ini.

Selepas gagal menepati sasaran 10 emas pada Sukan SEA Korat 2007, KOAM kali ini membariskan 21 atlet lelaki dan 22 wanita bagi untuk menghadapi saingan selama empat hari di Stadium Nasional bermula 9 Disember ini. Di Korat, KOAM memungut tujuh emas.

Pada sukan dwitahunan kali ini, KOAM meletakkan sandaran terhadap atlet jarak sederhana dan jauh M. Vadivellan yang bakal beraksi dalam acara 800m, 1,500m dan 5,000m lelaki.

Selain itu, skuad olahraga juga mengharapkan pingat emas daripada atlet 110m lari berpagar Mohd. Robani Hassan dan atlet lompat jauh Jen Chan Guo.

Atlet lelaki lain dalam skuad kebangsaan ke Vientine ialah S. Mathialagan (800m), Lo Choon Sieng dan Teoh Boon Lim (20km Jalan Kaki), Lee Hup Wei (Lompat Tinggi), Mohd. Hafizuddin Sahadan (Lompat Bergalah) Chan Woo Yew (Maraton), Mohd. Jironi Riduan (1,500m), Rayzam Shah Wan Sofiah (110m Lari Berpagar), Mohd. Hasrolnizam Yaakod (Lempar Cakera), Adi Alifuddin Hussin (Lontar Peluru) serta pasukan lari berganti-ganti 4x100m dan 4x400m.

Kategori wanita pula menyaksikan KOAM mengharapkan sentuhan emas daripada atlet Nor Rohida Baidawi dan Nor Hazwanie Norizan (400m), K. Ganti Manthi (800m), Yap Jeng Tzan (Lempar Cakera), Norjannaj Hafiszah Jamaludin dan Nurul Sarah Abdul Kadir (100m) serta pasukan lari berganti-ganti 4x100m dan 4x400m.

Atlet wanita lain ialah Noraseela Mohd Khalid (400m lari berpagar, 400m), Roslinda Samsu (Lompat Bergalah), Tan Song Hwa (Baling Tukul Besi).

Yuan Yu Fang (20km Jalan Kaki), Noor Amira Mohamad Nafiah (Lompat Kijang), Siti Nurulain Abdul Rahim dan Asrenny Asik (Lempar Cakera) serta atlet merejam lembing Syuraini Sekembar turut menjadi taruhan.

Timbalan Presiden KOAM Karim Ibrahim berkata, hanya atlet yang memiliki kualiti untuk menunjukkan peningkatan dalam acara masing-masing dipilih kali ini.

"Kami tidak mahu penumpang dalam kontinjen negara kerana tidak mahu membazir wang rakyat," jelasnya. - BERNAMA

08 Oktober 2009

JADUAL ACARA 86th MALAYSIAN OPEN ATHLETICS CHAMPIONSHIP

86th MALAYSIAN OPEN ATHLETICS CHAMPIONSHIP
10TH – 11TH OCTOBER 2009

DAY - 1 SATURDAY 10 OKTOBER 2009 AT BUKIT JALIL MAIN STADIUM

EVENT NO. TIME EVENTS GENDER STAGE

101 7.30am 10,000m Men Final
102 8.30am 10,000m Women Final
103 9.00am Discus Women Final
104 9.00am Triple Jump Women Final
105 9.30am 100m Women Heats
106 9.50am 100m Men Heats
107 10.00am 400m Women S/Final
108 10.20am 400m Men S/Final
109 10.30am High Jump Women Final
110 10.30am Hammer Men Final
111 10.40am 100m Women S/Final
112 11.00am 100m Men S/Final
113 11.30am 100m Hurdles Women S/Final
114 11.50am 110m Hurdles Men S/Final
115 12.00Noon 4 x 100m Women S/Final
116 12.20pm 4 x 100m Men S/Final

R E S T

117 3.00pm Pole Vault Men Final
118 3.00pm Javelin Men Final
119 3.00pm Triple jump Men Final
120 3.00pm 110m Hurdles Men Final
121 3.20pm 100m Hurdles Women Final
122 3.40pm 100m Women Final
123 3.50pm 100m Men Final
124 4.00pm 400m Women Final
125 4.00pm High Jump Men Final
126 4.10pm 400m Men Final
127 4.20pm 1,500m Women Final
128 4.30pm 1,500m Men Final
129 4.40pm 4 x 100m Women Final
130 5.00pm 4 x 100m Men Final











86th MALAYSIAN OPEN ATHLETICS CHAMPIONSHIP
10TH – 11TH OCTOBER 2009

DAY - 2 SUNDAY 11 OKTOBER 2009 AT BUKIT JALIL NATIONAL STADIUM

EVENT NO. TIME EVENT GENDER STAGE
201 7.30am 5,000m Men Final
202 8.00am 5,000m Women Final
203 9.00am Shot Put Women Final
204 9.00am Long Jump Women Final
205 9.00am 200m Women Heats
206 9.20am 200m Men Heats
207 9.40am 800m Women S/Final
208 10.00am 800m Men S/Final
209 10.00am Javelin Throw Women Final
210 10.00am Discus Men Final
211 10.20am 200m Women S/Final
212 10.40am 200m Men S/Final
213 11.00am 400m Hurdles Women S/Final
214 11.20am 400m Hurdles Men S/Final
215 11.40am 4 x 400m Women S/Final
216 11.50am 4 x 400m Men S/Final

R E S T

217 2.30pm 400m Hurdles Men Final
218 2.30pm Hammer Throw Women Final
219 2.30pm Pole Vault Women Final
220 2.40pm 400m Hurdles Women Final
221 3.00pm 200m Women Final
222 3.10pm 200m Men Final
223 3.30pm Long Jump Men Final
224 3.30pm Shot Put Men Final
225 3.30pm 800m Women Final
226 3.40pm 800m Men Final
227 4.00pm 3,000m Steeplechase Women Final
228 4.20pm 3,000m Steeplechase Men Final
229 4.30pm 4 x 400m Women Final
230 4.50pm 4 x 400m Men Final





Final/09

Rekod Remaja [ Lelaki & Wanita]


Rekod Sukma [ Lelaki & Wanita ]



Rekod Kebangsaan [Lelaki]

Event Record Athlete State Venue Date
100 Meter 10.30s Watson Nyambek Sarawak B. Jalil, K.L 15/07/1998
200 Meter 20.92s Dr. M. Jegathesan Selangor Mexico City (Olympic) 15/10/1968
400 Meter 46.41s Mohd Zaiful Z. Abidin K. Lumpur Brunei DS 20/07/2001
800 Meter 1:47.37s B. Rajakumar Selangor Jakarta, IND 26/09/1985
1500 Meter 3:45.70s M Vadivellan Perak Korat, THA 11/12/2007
5000 Meter 14:06.84s M. Ramachandran Johor Troisdorf, GER 5/8/1994
10,000 Meters 29:30.19s M. Ramachandran Johor Victoria, CAN 27/08/1994


Marathon 2:29:27s K. Baskaran Penang Singapura 2/12/2001
110m L/P 13.73s Nur Herman Majid Singapura Hiroshima, JPN 15/10/1994
400m L/P 51.83s M. Ravinthiran Kedah Kangar, PERLIS 20/08/1996
3000m L/B 8:59.10s N. Shanmuganathan Selangor B. Jalil, KL 17/09/1998

L. Tinggi 2.27m Lee Hup Wei * Selangor Beijing,Chi 25/05/2008
L. Bergalah 5.00m Teh Weng Chang Perak K. Lumpur 24/03/2002
Lompat Jauh 7.88m Josbert Tinus Sabah Thailand 5/10/2007
Lompat Kijang 16.29m Mohd Zaki Sadri Perak K. Lumpur 21/08/1989

L/Peluru 16.67m Mohd Nazar Abd Rahim Perak P. Pinang 19/08/1995
L/Cakera 47.33m Ngu Kit Min Sarawak P.Pinang 19/09/2006
L/Tukul Besi 58.52m Wong Tee Kui Sarawak Singapura 5/9/1993
M. Lembing 73.34m Mohd Yazid Imran Johor Singapura 2/9/1995

10km J/K (R) 42:36.00s Teoh Boon Lim P.Pinang Einsenhittenstadt, GER, 11/5/1996
20km J/K (R) 1:24.50s Narinder Singh Selangor Prague, CZE 19/04/1997
50km J/K (R) 4:10.05s G. Saravanan P.Pinang K. Lumpur 21/09/1998
10000m J/K (T) 43:03.2s R. Mogan N.Sem Seremban, NS 10/5/1997
20000m J/K (T) 1:30.43s B. Thirukumaran K.Lumpur Kangar, PERLIS 2/3/1997

4×100m 39.83s Malaysia K. Lumpur 15/09/2001
Watson Nyambek, Azmi IbrahIm, Nazmizan Muhamad, R. Ganeshwaran
4×400m 3:06.69s Malaysia K. Lumpur 23/10/1991
Azhar Hashim, Mohd Yazid Parlan, V. Samson, Nordin Jadi
Decathlon 6989 points Mohd Malik Tobias Melaka Brunei 9/8/1999
100m: 11.53s 400m : 54.18s 1500m : 5:52.78s 110m L/Pagar: 15.24s L/Jauh : 7.21m
L/Tinggi : 2.05m L/Bergalah : 4.60m L/Peluru : 13.57m L/Cakera : 39.53m M/Lembing : 53.10m
Pentathlon 2657 points Pok Chee Sing N. Sembilan K. Lumpur 1/8/1998
6.39-41, 92-24, 37-27, 01-5, 15.48

Rekod Kebangsaan [Wanita]

Rekod Baru Marathon

Marathon man Yew Woo books ticket all the way from US
By AFTAR SINGH
KUALA LUMPUR: Marathon runner Chan Yew Woo is the latest athlete to qualify for the Laos SEA Games.

The United States-based Malaysian clocked 2’26:28 in the St George Marathon in Utah last Sunday to meet the qualifying time, which was the silver medal-winning effort at the last Games in Korat in 2007.

Yew Woo, who works as a dining assistant manager in Iowa, also broke the national record of 2’ 29:27, set by K. Baskaran in the 2001 Singapore Marathon.


Noraseela: Among the four female athletes that have qualified for the Laos SEA Games.
The Malaysian Amateur Athletic Union (MAAU) deputy president, Karim Ibrahim, said that they had made a check with the marathon organisers in Utah and they confirmed the time clocked by Yew Woo.

“He improved on the national record by almost three minutes for a creditable sixth-place finish,” said Karim.

Yew Woo will be making his second appearance in the biennial Games in Vientiane in December. He made his debut in Korat and did not finish the race.

“Malaysia have not won a marathon medal in many editions of the Games and we are banking on Yew Woo to end the drought in Laos,” said Karim.

With Yew Woo’s entry, there are now 13 athletes (nine men and four women) who have qualified on merit for the Games.

Four men’s walkers have surpassed the qualifying mark for the 20km event. They are Teoh Boon Lim, Lo Choon Sieng, Mohd Shahrulhaizy Abdul Rahman and B. Thirukumaran but only two will get to compete in Laos and selection will be made based on their results in the India Open in Bhopal.

The other male athletes in the team are Lee Hup Wei (high jump), Mohd Hafizuddin Shahadan and S. Mathialagan and M. Vadivellan (800m).

The womens’ athletes who have qualified are Noraseela Khalid (400m hurdles), Yuan Yufang (20km walk), Tan Song Hwa (hammer) and Roslinda Samsu (pole vault).

The Malaysian Open championships at the National Stadium in Bukit Jalil this weekend will be the last chance for athletes to qualify for the Laos Games.