30 Oktober 2008

10 Bgd Para Johan Olahraga TD 2009

Stadium Panasonic digegarkan dengan atlet-atlet sukan dari Formasi Tentera Darat (TD) dan kesemua atlet telah “bertembung” pada Kejohanan olahraga Tentera Darat yang ke 28.

Kejohanan yang bermula pada 5 sehingga 8 Mei 2009 menyaksikan kehebatan para atlet TD yang bertanding apabila 8 rekod baru Kejohanan diperbaharui.

Kejohanan Olahraga diadakan setiap tahun merupakan platform mencungkil bakat atlet-atlet TD untuk diketengahkan ke peringkat Angkatan Tentera Malaysia, Kebangsaan, dan seterusnya di persada antarabangsa.

Kejayaan atlet-atlet TD yang terdahulu di peringkat antarabangsa melakar sejarah yang mana TD berupaya melahirkan dan menggilap atlet-atlet yang bertaraf antarabangsa. Kejohanan yang diadakan bagi mengenal pasti dan mencungkil bakatbakat baru untuk mewakili TD di kejohanan Olahraga peringkat ATM,10 Bgd Para diwakili seramai 2 pengawai dan 96 anggota mencipta sejarah tersendiri kerana Formasi 10 Bgd Para dinobatkan Johan keseluruhan dalam kejohanan Olahraga yang ke 28 ini dan sekaligus Formasi ini mempertahankan kejagohan buat kali ketiga berturut-turut.

Para atlet memerah keringat dan terbukti memungut 13 pingat iaitu sembilan emas, tiga perak dan satu gangsa. Kejayaan tersebut hasil bimbingan serta tunjuk ajar dari Jurulatih dan usaha gigih para anggota akhirnya membuahkan hasil.

Latihan yang bersistematik intensif dan progresif di bawah pemantauan Pengurus Tim Mej Zulkifli Raub serta tunjuk ajar dari para Jurulatih meningkatkan prestasi para atlit malahan semangat dan moral para atlet untuk mendapatkan pingat emas dalam acara yang di pertandingkan.

Sebelum itu beberapa pendedahan dalam menyertai kejohanan luar (awam) telah banyak memberi dorongan dan pengalamam kepada para atlet .

Majlis pembukaan Kejohanan disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Zulkifli Mohd Zain.

Dalam Ucapan pembukaan beliau, berkata semua peringkat Pemerintah perlu memberi perhatian kepada pembangunan sukan di peringkat Formasi masing-masing agar hasrat TD untuk melahirkan atlet-atlet yang cemerlang dapat di ketengahkan.

Pasukan –pasukan yang menyertai dalam kejohanan kali yang ke 28 ini terdiri daripada Markas Latihan Tentera Darat , Markas Logistik TD, Markas Medan Tentera Darat, 1 Divisyen, 2 Divisyen, 3 Divisyen, 4 Divisyen dan Formasi 10 Bgd Para.

Olahragawan kejohanan bagi tahun 2009 dimenangi oleh LKpl Iswanday Saluhi dari Formasi 3 Divisyen manakala Olahragawati di menangi dua atlit wanita iaitu Pbt Norazimah Ismail dan Pbt Nik Zulaili Well, kedua-duanya dari Formasi 2 Divisyen.

Dalam acara Orang besi 10 Bgd Para turut menjadi Johan keseluruhan bagi acara tarik tali dan atlit dari 10 Bgd Para juga mempertahankan kejuaraan mereka buat kali yang ketiga berturut-turut.

Dalam Pada itu Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Ismai Jamaluddin secara peribadi berpuas hati dengan penganjuran dan komitmen semua Formasi yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Olahraga kali ini.

Kesungguhan dan azam semua atlet bertanding berjaya memecahkan rekod baru Kejohanan TD dan sekaligus telah memperbaharui rekod baru dicipta, para atlit juga dapat mengekalkan kesihatan Fizikal, malah mampu membina kekuatan mental serta mengawal emosi dan membina Semangat berpasukan.

Tentera Darat seharusnya memiliki kelebihan untuk maju dalam bidang sukan Olahraga dengan mempunyai Kecergasan mental dan fizikal yang tinggi sejajar dengan latihan insentif di pusat-pusat kecemerlangan
yang sedia ada dalam melahirkan atlet-atlet TD yang layak bagi mewakili Negara dan seterusnya menaikkan nama TD dan Angkatan Tentera Malaysia.

Tiada ulasan: