29 November 2009

Bolt, Sanya atlit terbaik IAAF

MONTE CARLO: Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt antara pelari paling popular dan juara dunia 400 meter wanita dari Amerika Syarikat (AS), Sanya Richards dinobatkan sebagai atlit dunia tahunan Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) semalam.

Bolt memenangi anugerah itu buat tahun kedua berturut-turut, memadamkan rekod dicatatkannya dalam acara 100 dan 200m dengan larian bertenaga di kejohanan dunia Berlin, Ogos lalu.

“Dia berjaya meningkatkan prestasinya di tahap yang sukar dipercayai,” kata presiden IAAF, Lamine Diack menerusi sidang media, menggelarkan Bolt sebagai pelari terhebat dalam kedua-dua acara itu.

“Dia membawa prestij ke dalam sukan ini,” kata Diack. “Dia adalah antara insan terkenal di planet ini,” katanya.
Sanya yang sebelum ini memenangi anugerah itu pada 2006, menyifatkan penghormatan itu menyamai anugerah di Berlin menerusi kejayaan meraih gelaran pertama di peringkat global. - Reuters

Tiada ulasan: